Aku percaya didalam setiap
hubungan perlu ada PERCAYA. Tak kira lah keluarga, persahabatan mahupun
percintaan. Ketiga-tiga perhubungan ni perlukan PERCAYA sebab tanpa PERCAYA ia
tidak akan ada wujud kasih sayang. Dan oleh kerana PERCAYA lah kita boleh jadi
manusia paling rabak saat PERCAYA itu berkecai pecah dihempas ganas oleh kau.
KISAH 1 : KELUARGA
Ashraf (bukan nama sebenar) telah
kehilangan kedua ibu bapa setelah mereka terlibat dalam kemalangan. Sejak itu,
dia hanya bergantung pada saudara-mara dan kawan-kawan tapi tak sama kan dengan
mak ayah sendiri yang tetap beri peluang beribu kali kat anak hanya sebab
meraka sayang dan PERCAYA pada sang anak. Walau macammana palat pun anak dia,
dan jika seteruk mana pun dia screw up
(memetik kata partner) merekalah
orang yang kan tetap ada kat sisi kita. Susah senang. Kau rasa apa dia rasa
bila orang yang paling dia PERCAYA dan PERCAYA kan dia dah tak ada langsung di
sisi dia. Agak-agak rabak tak ?
KISAH 2 : PERSAHABATAN
Seorang gadis yang punya 3 orang
sahabat dan selama ini ketiga-tiga gadis itu PERCAYA padanya tetapi terasa
dikhianati hanya kerana perselisihan faham dan mungkin terjejas dan mula
terhasut dengan cakap-cakap orang tentang sahabat mereka sendiri. Sedangkan
selama ini PERCAYA antara mereka kukuh tetapi atas anasir luar yang busuk,
boleh jadi terjejas jugak akhirnya. Tapi bagi aku jalan penyelesaiannya mudah,
Berkomunikasilah, bukan hanya update status kat facebook dah rupa perempuan
meroyan. Kalau betul kau PERCAYA kawan kau, dan dia memang kawan kau yang kenal
kau, tolong pergi hadap muka dia, berbincang, bukan pendam dan cuma cakap
belakang. Dah berani cakap belakang apa kata cakap pulak depan muka. Baru
masalah boleh selesai dan tak ada lagi rasa rabak dalam hati kau. Betul tak ?
KISAH 3 : PERCINTAAN
Mungkin pengalaman bercinta buat
manusia, tak kiralah lelaki ke perempuan takut untuk meletakkan PERCAYA pada
pasangan masing-masing. Tak kurang jugak yang dah letak PERCAYA sepenuh air
dalam gelas, setinggi langit vanilla (ah aku suka langit vanilla, quote from Wani Ardy) tapi dirabakkan
tanpa tahu yang ia mampu menjejaskan PERCAYA dalam sesuatu hubungan cinta.
Siapa tak rabak kalau baca mesej dari perempuan lain yang bersayang bagai
(bukan macam kawan biasa yang jugak ada bersayang tu). Kalau aku mahu rabak
handphone tu kena hempas ! HAHAHA. Tapi aku PERCAYA perkara serumit itu pun
boleh selesai jika msing-masing berkomunikasi tanpa emosi. Lepas tu rabak kau
pasti terubat semula. Semua kerana kau PERCAYA.
Aku pernah terbaca di dalam Langit
Vanilla – Wani Ardy, katanya kita takkan terasa hati dengan seseorang jika kita
tak rasa apa-apa dengan orang tu. Memang benar. Kita rabak sebab kita peduli.
Kita rabak hanya kerana kita PERCAYA.
P/s: Aku tulis benda ni dah lama tp laaa ni br rasa nak share. Hehehe. Sorry ye kawan-kawan yang kita suka :)