Tuesday 23 October 2012

Cincang


Air di cincang tak akan putus.
Daging dicincang menjadi serunding
Manusia dicincang?

Cincanglah perasaan...

Sunday 21 October 2012

Pulang

Betul...
Banyak laluannya,
Panjang yang kadang tiada penghujungnya.
Adakah aku yang sesat dalam menuju destinasi.
Aku samar. Aku hilang.

Aku harus pulang.

Di situ tiada perhentian,
Tiap kali berhenti jantung sakit berdegup.
Ya, aku harus pulang...
Bukan di mana tetapi bagaimana...
Bagaimana aku ingin pulang ke tempat asal,
Pada paksi pertama sebelum ke destinasi bernama cinta

Allah, bantu aku pulang. Aku sakit.

                                                                               Artilia


*cubaan pertama aku dalam cinta.


6.58 pagi 18/10/2012
Angsalavista Villa.

Tuesday 16 October 2012

Sempadan


Sempadan bukan antara kawasan tapi sempadan antara kawan. 
Aku bukan mahu putuskan tapi ini antara sempadan. 
Sempadan yang tiba-tiba disempadankan.

Kawan, kalau kau ingin tahu ini sempadan yang sakit. 
Tapi mungkin sempadan yang harus disempadankan andai kau terus mahu menyempadankannya.

Thursday 11 October 2012

SATU

MEREKA TIDAK TAHU.
Bukan salah MEREKA.
MEREKA tidak sedar.
Bukan salah MEREKA.
MEREKA TIDAK TAHU.

AKU MAHU TAHU.
Bukan salah AKU.
AKU dipasung soal
Bukan salah AKU.
AKU MAHU TAHU.

ENGKAU LEBIH TAHU.




IA sama tapi tidak serupa.



MEREKA. AKU.
Hanya ENGKAU.


Wednesday 10 October 2012

Hati lagi.

Aku ingat lagi
senja itu
aku merayu pada yang satu
aku bersimpuh
aku bersujud
sungguh-sungguh.
Ketika itu
aku mahu satu
itu yang utama
Tuhan, tolong aku
aku lemah, aku longlai
aku tak mahu hati ini
aku mahu yang baru.... boleh?


p/s: benda yang susah nak dijaga adalah HATI. Jadi hati-hati :)

                                                                                                Artilia

Tuesday 9 October 2012

Dalam

Dalam rasa yang dalam-dalam
Yang amat dalam sampaikan aku tak tahu sedalam mana
Tapi aku tahu ia dalam
Lebih dari tujuh kaki dalam
Biar ia dalam agar tak dilihat
Biar ia dalam agar tak dihidu
Biar ia dalam agar tak tersedar
Biar ia terus di dalam

Friday 5 October 2012

Yang MELUDAH

Semalam dirasa wujudnya Yang SATU
Sujud patuh dek redup KASIH-NYA
Berjalan berpayung PERCAYA dan RASA

Hari ini dirasa wujudnya Yang SATU
Semesta kudrat membidas sekelumit PERCUBAAN-NYA
Sujud patuh redup kasih-Nya
Menadah keajaiban cinta-Nya
Rayu sama TEGUHKAN RASA
Moga tak putus PERCAYA

Esok dirasa masih wujudnya DIA
Itu, jika masih PERCAYA
Itu, jika masih DIRASA
Jika hilang keduanya dek MEREKA yang MELUDAH
SAYANG... Sayang, DIBAKAR bersama kelaknya KITA
SAMA dibakar namun BERBEZA KEBODOHANNYA.


MEMBIMBING atau MENGHUKUM?

Tuesday 2 October 2012

Sakit

Terfikir sekejap, sakit tu apa sebenarnya?
Tipulah kalau tak pernah rasa tapi pernah tuturkan!

Kalau kecil dulu, terjatuh kita nangis
Sebab sakit ke?
Bila dimarah, kita nangis
Sebab sakit jugak ke?
Dicubit, dirotan pun kita nangis lagi
Sakit sangat kut.

Bila dah besar, salah faham bergaduh
Lepas tu bengkak muka sana sini buat muka control macho
Waktu tu tak sakit ke?
Ditipu kawan baik
Sakit, tapi emosi
Bercinta, kecewa, sakit, makan dalam.
Tak payah nak buat muka control macho kalau realitinya menangis dalam bilik air!

Bila dah sampai sakaratul maut, 
Agak-agak ada lagi tak sakit lepas tu?
Ada, lepas mati pun akan ada sakit.
Kalau tak, takkanlah aku pernah dengar,
"Jangan kasar-kasar, sakit mayat tu nanti," ucap seseorang sambil mandikan jenazah.

al-Fatihah, damailah kau di sana...


Monday 1 October 2012

S untuk ....


Sabrina kini menjadi pemilik kemurungan
Setelah meraih kekecewaan
Sakit perih di jiwa tersenyum kepadanya
Semangat kejatuhan Sabrina meninggi
Semakin Sabrina cuba berdiri
Semakin kekecewaan mentertawakannya
Sabrina kecewa lagi
Semua ini kerana
Sahabat baik mula meninggalkannya
Selamanya….

Sesiapa mahu menjadi sahabat Sabrina?
7.32 a.m 14/9/2012

Aku cuba mengekalkan huruf S di hadapan setiap baris ayat. Tulisan ini seperti puisi yang lebih kepada catatan kerana aku pernah jatuh dan ditinggalkan kawan baik yang bukan pergi sebab kematian. Sabrina adalah satu nama yang tiba-tiba muncul.. mcm poppp!

                                                                                       Artilia